COVID-19: KKM Mengeluarkan Empat Kes Kluster Terbesar

covid-19: kkm mengeluarkan empat kes kluster terbesar

Virus COVID-19 boleh tersebar melalui titisan air dan juga sentuhan. Sebab itu lah kita semua dinasihatkan untuk terus berada di dalam rumah agar kurang berkontak rapat dengan orang yang mempunyai gejala ini.

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia boleh dilihat terjadi dalam perhimpunan ramai. Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan empat kes kluster terbesar yang mengakibatkan penularan virus ini.

Kluster terbesar adalah dari perhimpunan keagamaan di Seri Petaling dengan sebanyak 42%. Kluster dari sejarah perjalanan ke luar negara pula mencatatkan yang kedua terbesar. Selain itu, perhimpunan keagamaan di Kuching juga penyumbang besar kepada kes ini. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi pula merupakan keempat yang terbesar.

Selain itu, KKM turut melaporkan bahawa 88% pesakit yang positif COVID-19 di Malaysia berada di tahap satu dan dua. Tahap satu- positif tetapi tidak bergejala. Tahap dua- positif dan bergejala ringan.

 

Sumber: KKM