COVID-19: 153 Kes Baru, 1 Kematian Dilaporkan, 90 Kes Daripada Kluster Tabligh, 1,183 Kes Keseluruhan

covid-19: 153 kes baru, 90 kes daripada kluster tabligh, 1,183 kes keseluruhan

Kementerian Kesihatan baru sahaja mengemaskini jumlah kes penularan wabak COVID-19. Sehingga jam 4 petang tadi, terdapat 153 kes baharu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,183 kes.

Daripada 153 kes itu, 90 kes daripadanya adalah daripada cluster tabligh. Selain itu, 37 kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 kes daripadanya terpaksa diberi bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan terdapat satu kematian yang dilaporkan. Menurut KKM, beliau merupakan kes yang ke-28 dan merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Lelaki tersebut merupakan salah seorang kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac yang lalu. Selepas lima hari, beliau diberikan alat bantuan pernafasan. Namun, beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac jam 10.30 pagi.

 

Di Perak, terdapat 45 kes yang dilaporkan. Dua daripadanya telah ditempatkan ke dalam ICU. Bagaimanapun, salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician)

Terus jaga kesihatan gais! Ikut segala peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

covid-19: 153 kes baru, 1 kematian dilaporkan, 90 kes daripada kluster tabligh, 1,183 kes keseluruhan

Sumber: Twitter KKM