COVID-19: 142 Kes Positif Baharu Dilaporkan, 645 Kes Sembuh Keseluruhan

covid-19: 142 kes positif baharu dilaporkan, 645 kes sembuh keseluruhan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mengemaskini jumlah kes positif COVID-19. Hari ini, 1 April, terdapat 142 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,908 kes semenjak wabak ini tular di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 102 kes sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 66 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Bagaimanapun, terdapat 2 kematian baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45 kes.

Selain itu, Malaysia terus mencatatkan jumlah kes sembuh yang agak tinggi iaitu sebanyak 645 kes secara keseluruhan.

Diharapkan, selepas Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 ni dilaksanakan, jumlah kes harian dapat dikurangkan dan akhirnya dapatlah COVID-19 ni dicegah sepenuhnya.

covid-19: 142 kes positif baharu dilaporkan, 645 kes sembuh keseluruhan