Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan Di Bera, Pahang

Hampir 76 tahun sudah sejak Perang Dunia Kedua berlalu.

bom perang dunia kedua ditemukan di bera, pahang

Terbaru, pihak berkuasa negara menemui sebutir bom dipercayai tinggalan daripada Perang Dunia Kedua di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Triang 1, di Bera, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah DSP Mansor Samsudin, bom terbabit ditemui pada Isnin lalu jam 3.30 petang oleh seorang peneroka ketika dia sedang membersihkan tanah di belakang rumahnya.

“Bom dipercayai jenis UXO Arial Bomb seberat 226 kilogram, sepanjang lebih kurang 36 inci dengan 32 inci ukur lilit itu dijumpai dalam keadaan separuh terkeluar dari tanah.

“Mengikut perancangan, bom itu dijangka dimusnahkan esok di lokasi dijumpai kerana penilai dengan 32 inci ukur lilit itu dijumpai dalam keadaan separuh terkeluar dari tanah.

“Mengikut perancangan, bom itu dijangka dimusnahkan esok (Khamis) di lokasi dijumpai kerana penilaian mendapati bom tersebut berisiko jika dialihkan,” jelasnya.

Tambah Mansor, cabaran untuk memusnahkan bom itu ialah kedudukannya yang begitu dekat dengan rumah peneroka, kira-kira 100 meter.

Berikutan itu, penduduk di rumah tersebut terpaksa dipindahkan ke bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terlebih dahulu sebelum operasi terbabit dapat dijalankan.

 

Sumber: [1]