Boleh Buat Majlis Perkahwinan Di Zoo Negara? Biar Betul!

Dah baca tajuk kan? Terkejut? Teruja? Haa itu antara tarikan baru yang akan diperkenalkan oleh Zoo Negara tak lama lagi!

Semua dah tahu kan, Zoo Negara antara yang terjejas teruk ekoran pelaksanaan PKP sejak tahun lepas.

Sumber pendapatan Zoo Negara adalah tiket masuk yang dibeli pengunjung, kalau takde orang datang, kurang lah duit nak beli makanan haiwan dan sebagainya.

Sedih tengok haiwan-haiwan dalam zoo kurus sebab tak cukup makan.

boleh buat majlis perkahwinan di zoo negara? biar betul!

Dengan adanya tarikan baru ni, boleh lah tarik lagi ramai pengunjung kan.

Bayangkan kalau kenduri kahwin korang kat Zoo Negara, gempak weh!

Lepas pergi kenduri tu boleh jalan-jalan kat Zoo Negara sebab katanya tetamu yang hadir dapat 50 % diskaun tiket masuk tau! Menarik!

Boleh la post #ootd kt IG, majlis kahwin berlatarbelakangkan haiwan-haiwan di zoo. 

Baru-baru ni ada pasangan pengantin yang juga kakitangan Zoo Negara anjurkan majlis perkahwinan di sana. Awwww so sweet.

boleh buat majlis perkahwinan di zoo negara? biar betul!

boleh buat majlis perkahwinan di zoo negara? biar betul!

Sabar eh, lepas ni korang pun boleh merasa 😊

Tapi kena tunggu pelancaran program ni yang djangka lepas Aidilfitri nanti.

 

Oleh: Izzati Amir