Banjir: Ibu Mengandung Drive Selama Dua Jam Mencari Pusat Penempatan Sementara

banjir: ibu mengandung drive selama dua jam mencari pusat penempatan sementara

Gambar sekadar hiasan

Seorang ibu  sarat mengandung, Fazila Hamdan, 29, terpaksa memandu sendiri selama dua jam untuk mencai pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumahnya dinaiki air pada hari Sabtu lepas.

Beliau yang tinggal di Taman Kota Jaya, Johor terpaksa melewati satu persatu PPS bersama tiga anak perempuannya yang berusia tiga dan tujuh tahun, tatkala beberapa PPS sudah penuh dengan mangsa banjir.

"Saya terpaksa memandu kereta bawa anak-anak. Mereka tidur kerana keletihan menolong mengangkat barang untuk diletakkan dalam sebuah lagi kereta dipandu suami.

"Dua PPS di Taman Daiman penuh, saya terpaksa berpatah balik ke Taman Kota Jaya. Di sini, dua PPS juga dimaklumkan penuh sehinggalah saya telefon semula Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beritahu mereka saya sarat mengandung. Akhirnya kami dapat tempat di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana paras air naik dengan cepat di kawasan tersebut dan menyebabkan banyak rumah yang terkesan akibat bencana itu.

Beliau bersyukut kerana diberi keutamaan seperti rawatan kecil dan kaunseling oleh jururawat bertugas di PPS disebabkan keadaannya yang sarat mengandung.

Sumber: Astro Awani