Antara 6 Perkara Yang Dibentangkan Sewaktu Belanjawan 2021 Yang Korang Perlu Tahu

antara 6 perkara yang dibentangkan sewaktu belanjawan 2021 yang korang perlu tahu

Sebentar tadi Menteri Kewangan, Tengku Datu Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021. Banyak perkara yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk pelaksanaan pembangunan negara tahun 2021.

Dalam banyak-banyak perkara, kami nak kongsikan 6 perkara penting yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia melalui inisiatif BPR. Menurut Tengku Zafrul sebanyak RM2.2 bilion bakal disalurkan untuk bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 fasa kedua.

2.  Peruntukan sebanyak RM3.7 bilion bagi menyediakan 500,000 peluang pekerjaan

Dalam pembentangan ini juga kerajaan bercadang mengadakan Skim Jaminan Pekerjaan (JanaKerja) yang mana akan membuka peluang pekerjaan baharu sebanyak 500,000. Belanjawan sebanyak RM3.7 bilion ini juga termasuklah program peningkatan kemahiran.

3. Frontliner KKM dapat RM500 secara one-off

Petugas KKM antara yang banyak berjasa kepada pihak kerajaan sepanjang penularan COVID-19 ini. Jadi, pihak kerajaan akan memberi tambahan sebanyak RM500 secara one-off. Dijangkakan 100,000 petugas barisan hadapan akan menerima bayaran ini.

4. Kerajaan benarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP secara bersasar

Ini antara perkara yang dinantikan oleh seluruh rakyat. Jadi, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan akaun 1 KWSP. Bagaimanapun, cadagan buat masa ini adalah sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

5. Belia berusia 18 hingga 20 tahun bakal menerima RM50 dalam akaun e-wallet

Menurut Tengku Zafrul, golongan belia berperanan penting sebagai pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini. Jadi, pihak kerajaan bercadang untuk mengkreditkan RM50 secara one-off di bawah program belia.

6. Kemudahan pengangkutan

Pihak kerajaan akan meneruskan pas perjalanan My30 di mana pengguna hanya membayar RM30 sebulan untuk bus dan rel. Perancangan ini juga akan diperluaskan di Pulau Pinang dan Kuantan. Selain itu, pas perjalanan bulanan tanpa had bernilai RM5 akan diperkenalkan. Kemudahan ini untuk anak-anak tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU.

Sumber:

1. Astro Awani

2. Astro Awani

3. Astro Awani

4. Astro Awani

5. Astro Awani

6. Astro Awani