Nak Berbasikal Tetapi Tak Suka Di Atas Jalan Raya? Ini 5 Taman Yang Boleh Korang Pergi Untuk Berbasikal

Artikel ini ditaja oleh Honda

Seorang Wanita Sedang Berbasikal Di Lokasi Popular
Kredit: TORWAISTUDIO/Shutterstock.com

Aktiviti berbasikal merupakan antara aktiviti riadah popular hari ini. Berbasikal bukan sahaja menyihatkan tetapi paling mudah dilakukan. Cuma pastikan korang ada basikal dan aksesori keselamatan.

Dan, menjadi trend hari ini juga untuk berbasikal secara berkumpulan di atas jalan raya untuk pergi ke port-port makanan atau lokasi popular. Tetapi tak semua orang berani mengayuh di atas jalan raya. So, ni kitorang share antara taman popular yang korang boleh pergi untuk melakukan aktiviti berbasikal.

#1 Taman Botani Putrajaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aZri (@azri_azrin)

Di area Putrajaya ada beberapa kawasan yang cantik untuk berbasikal. Salah satunya ialah Taman Botani Putrajaya ni. Kat sini ada route berbasikal yang korang boleh follow. Ada laluan mencabar, ada yang okay. Memang seronok riadah kat sini waktu pagi dan petang.

#2 Taman Botani Negara, Shah Alam

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kema (@maizatul_akmar)

Taman Botani Negara Shah Alam atau dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam ini berkeluasan 817 hektar, antara yang terbesar di Malaysia. Kat sini ada 11 taman menarik yang korang boleh pergi seperti Rumah Iklim Empat Musim, Taman 1Malaysia dan Taman Herba, Memang luas!

#3 Taman Botani Perdana

Dulunya dikenali dengan nama Taman Tasik Perdana atau Lake Garden. Taman ni terletak kat tengah bandar Kuala Lumpur. Kalau berbasikal kat sini, bolehlah korang pusing-pusing ke taman herba, rumah komik sambil tengok tasik dan taman rusa.

#4 Taman Tasik Titiwangsa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eila_Zmd (@eila_zmd)

Taman ni asalnya antara lombong terdalam tetapi kini menjadi lokasi rekreasi popular warga kota. Korang boleh berbasikal kat sini sambil melihat pemandangan matahari terbenam dari tasik. Selain dikelilingi pokok bunga dan pohonan rendang, ada trek berbasikal disediakan kat sini.

#5 Taman Metropolitan Kepong

Taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang dikelilingi landskap menghijau, kelengkapan riadah dan tasik. Kat sini turut disediakan laluan siar kaki sejauh 3.5km untuk korang berbasikal. Dah penat berkayuh, bolehlah korang gunakan peralatan senam atau menikmati panorama Kuala Lumpur dari menara tinjau.

Seorang Wanita Sedang Berbasikal Di Taman
Kredit: pressfoto/Freepik.com

Memang menarik aktiviti berbasikal kat taman ni. Tetapi dah tentu agak sukar nak bawa basikal dari rumah ke taman pilihan korang tu. Dengan Honda CR-V Black Edition terbaharu, korang dah tiada masalah lagi. Kenderaan ini menawarkan ruang simpanan yang besar dan menjanjikan pengalaman pemanduan selesa.

Bukan je basikal, tetapi aksesori keselamatan dan barangan riadah yang lain pun korang boleh bawa dalam Honda CR-V Black Edition. Memang onz teruk kan kereta ni? Warna hitam tu nampak class betul!

Honda CR-V Black Edition Terbaharu 2021

Kredit: Honda

Bukan je stylish tetapi Honda CR-V Black Edition ni didatangkan dengan features yang ohsem! Ada grille depan, bumper, aloi tayar dan kemasan dalaman serta tempat duduk depan dengan sulaman Black Edition yang kesemuanya berwarna hitam. Dilengkapi dengan Honda SENSING, penghidup enjin kawalan jauh dan but belakang berkuasa bebas tangan.

Ruang Dalaman Kereta Honda CR-V Black Edition

Kredit: Honda

Amacam? Jatuh cinta pandang pertama tak? Bolehlah korang berbasikal di taman-taman yang kitorang share tadi. Jomlah tempah Honda sekarang dengan harga permulaan RM161,913.99. Korang pergi je ke mana-mana pusat jualan Honda terhampir atau, klik je kat sini untuk info lanjut!