Fazura Tak Mahu Lagi Lakon Watak Perampas, Penyondol Rumah Tangga

Pelakon dan usahawan, Fazura kini lebih selesa bergerak di bawah syarikat produksinya, Fazura Pictures Sdn Bhd.

fazura tak mahu lagi lakon watak perampas, penyondol rumah tangga

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin berkata, beliau juga enggan melakonkan watak yang klise dan mengguris hati wanita termasuk kisah perampas dan punca kemusnahan rumah tangga, meskipun beliau masih terima pelbagai tawaran untuk berlakon.

 

"Kebanyakan skrip membosankan kerana berkisar penyondol dan perebutan lelaki antara dua wanita," katanya.

 

Tambah Fazura lagi, beliau terus berpegang kepada prinsip untuk memartabatkan maruah wanita kerana tidak semua bersikap sama seperti yang dipaparkan melalui drama atau filem.

 

Selain itu, Fazura akui selesa untuk berlakon semua genre filem tetapi lebih memilih untuk melakonkan filem yang memberi manfaat kepada penonton.

 

"Sejujurnya banyak cerita yang dipaparkan kini mengarut dan tiada mesej," katanya lagi.

 

Sumber: Sinar Harian