Topeng muka menjadi sangat popular di Malaysia apabila ramai selebriti di Korea mengenakannya hampir setiap masa.
Akan tetapi dengan keadaan jerebu yang semakin memburuk, orang ramai adalah dinasihat untuk tidak menggunakan fancy mask seperti di atas ataupun penutup mulut dan hidung (face mask) yang sering digunakan doktor dan jururawat.
Menerusi Tweet Dr. Beni Rusaini, surgical mask tidak berkesan terhadap jerebu. Ia dicipta untuk tumpahan cecair dan darah. Dia juga mensarankan, agar orang ramai menggunakan topeng muka jenis N95.
BACA: Jerebu Teruk, Ini Tips Dari KKM
Tahukah anda, topeng muka jenis N95 adalah topeng yang mampu membantu melindungi diri daripada udara berjerebu. Bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan baik sekiranya dipakai dengan cara betul.