3 Tips ‘Baru’ Untuk Jaga Minyak Wangi Korang Agar Aromanya Sentiasa Segar

 

3 tips ‘baru’ untuk jaga minyak wangi korang agar aromanya sentiasa segar

Minyak wangi antara alat kosmetik yang dipakai oleh lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun, jarang orang menjaga minyak wangi sebaiknya. Tanpa mereka sedar aroma minyak wangi mereka telah menurun dan berkurangan.

Jadi, ini 3 tips untuk menjaga minyak wangi anda agar kesegarannya sentiasa on point dan kekal:

1. Jangan letak minyak wangi di tempat yang panas

Kalau korang letak minyak wangi dekat tempat panas ia akan mengurangkan kualiti bau minyak wangi tersebut. Ini kerana haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi. Jadi, letak lah minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.

 

2. Jangan buang tititsan terakhir minyak wangi

Sekiranya minyak wangi korang dah hampir habis dan sudah tidak boleh disembur lagi, jangan buang dulu. Perhatikan lebihan yang ada. Kalau still ada, seeloknya campurkan dengan losen yang korang pakai. Cara ini akan membuatkan losen korang berbau harum dan tak membazir.

 

3. Sebolehnya, jangan goncang minyak wangi

Kenapa tak boleh goncang? Aktiviti menggoncang ini sebenarnya memudakan udara masuk ke dalam botol minyak wangi yang menyebabkan kualiti minyak wangi akan berkurangan. Faham?

Sumber: Maskulin