Hari ini kami nak kongsi dengan korang beberapa makana yang korang boleh makan untuk hilangkan stress.
1. Makanan Panas Dan Melegakan
Kalau korang stress cuba ambil secawan kopi panas. Sebenarnya, menurut jurulatih nutrisi, makanan panas seperti air teh boleh melegakan dan mengurangkan stress.
2. Dark Coklat
Semua orang tahu coklat boleh mengurangkan tekanan. Tapi, korang tau tak jenis coklat tu apa?
Coklat yang sebetulnya untuk menghilangkan stress adalah dark coklat. Ini kerana dark coklat mengandungi dan kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tahap hormone stress dalam badan.
3. Pisang
Kalau tak ada makanan sangat, korang boleh cuba consume pisang, Kenapa pisang boleh mengurangkan tekanan?
Pisang ini mengandungi dan kaya dengan potassium dan magnesium. Kedua-dua mineral ini boleh membantu mengurangkan tahap stress.
4. Ikan
Jika korang berada dalam tekanan, seeloknya dapatkan ikan. Ikan ni kebaikan dia adalah boleh menguatkan dan menggalakkan mood korang. Omega-3 fatty acid yang terdapat dalam badan ikan boleh mengurangkan depression.
5. Air
Kalau susah sangat nak cari semua benda di atas, paling simple untuk hilangkan stress adalah dengan minum air putih. Sangatlah penting untuk menghidrasikan diri korang sewaktu stress.
Sumber: everydayhealth.com