5 Makanan Yang Korang Kena Banyakkan Makan Pada Musim COVID-19

5 makanan yang korang kena banyakkan makan pada musim covid-19

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kematian hampir 3000 orang. Jadi, wabak ni sepatutnya diambil berat oleh semua orang.

Btw, dalam melawan dari segi perubatan, korang juga perlu melawan dari segi makanan. Seeloknya korang makan lah makanan yang boleh menguatkan sistem imuniti badan korang. Jadi, ini 5 makanan yang korang boleh makan:

1. Brokoli

Brokoli ni antara sayur yang banyak dengan vitamin A, C dan E. Bukan tu sahaja Brokolo juga mengandungi antioksidan dan fiber yang tinggi. Brokoli adalah sayur yang paling sihat yang perlu korang makan.

2. Bawang putih

Fuh, nasib baik dalam masakan melayu memang wajib letak bawang putih. Menurut National Center For Complementary And Integrative Health Trusted, bawang putih ni boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan arteri.

3. Halia

Halia juga antara makanan yang korang kena makan banyak. Halia boleh mengurangkan ketegangan dalam masa yang sama meredakan sakit tekak dan juga sakit radang yang lain. Selain tu, halia juga boleh menghilangkan rasa loya. Memang lah tak sedap, tapi sangat bagus untuk kesihatan.

4. Kunyit

Kunyit ni antara makanan anti keradangan dalam merawat osteoarthritis. Warna kuning pada kunyit tu kan sebenarnya boleh membantu menguatkan lagi kita punya otot. Jadi, kalau nak otot korang immune dari banyak penyakit, makan lah kunyit.

5. Betik

Betik merupakan buah yang penuh dengan vitamin C. Dalam sebiji betik korang boleh jumpa 224 peratus vitamin C yang diperlukan setiap hari.

Sumber: Health Line