Bukan Sebab Sakit Jantung Je, Ada Banyak Punca Lain Sakit Dada

Sakit dada merupakan satu keadaan yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja masa kini. Umumnya, sakit dada yang dialami boleh menjadi satu keadaan yang serius jika tidak dirawat dengan lebih awal.

bukan sebab sakit jantung je, ada banyak punca lain sakit dada

Sakit dada mungkin berpunca dari pelbagai faktor. Antaranya, aliran darah sementara ke jantung yang lemah (angina), arteri koronari yang tersumbat yang menyebabkan serangan jantung, atau juga disebabkan oleh senak perut dan ketegangan otot.

bukan sebab sakit jantung je, ada banyak punca lain sakit dada

Selain jantung, bahagian dada yang lain juga boleh menyebabkan rasa sakit dada seperti paru-paru, esofagus (gullet), otot, tulang dan juga kulit pada abdomen.

 

Dua punca sakit dada yang sering terjadi kepada ramai manusia kini adalah serangan jantung dan angina. Antara faktor penyebab yang boleh diubah untuk mengelakkan daripada dua penyakit ini adalah:

  • Masalah diabetes
  • Tabiat merokok
  • Diet yang tidak sihat
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Tidak cukup aktif
  • Pengambilan alkohol berlebihan

 

Selain itu, penyebab lain kepada sakit dada mungkin juga disebabkan:

  • Ketakcernaan (indigestion) atau asid perut naik semula ke esofagus (asid refluks). Masalah ini biasanya diburukkan lagi dengan tabiat merokok, minum alkohol atau kopi, pengambilan makanan berlemak atau ubatan tertentu
  • Jangkitan dada
  • Trauma dada (patah tulang rusuk)
  • Pembekuan darah pada paru-paru (emboli paru)
  • Ketegangan otot dada – berpunca oleh senaman kuat, aktif bekerja secara fizikal, permainan sukan bersentuhan atau mengangkat berat di gimnasium
  • Keradangan sendi tulang rusuk berhampiran tulang dada (costochondritis)
  • Kayap (herpes zoster) – boleh menyebabkan kesakitan pada dada sebelum ruam terbentuk

 

Justeru, pemeriksaan lanjut sangat penting untuk kita tahu punca sebenar sakit dada sebelum keadaan menjadi lebih parah. Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, makan makanan sihat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak sihat. Sentiasalah memantau berat badan anda agar kekal seimbang.

 

Sumber: Hello Doktor