Pemberian vaksin kini sedang giat dijalankan dengan tujuan mengentikan penyebaran wabak.
Sebagai penerima vaksin, pastinya perasaan resah timbul dalam segelintir individu meskipun tahu manfaat vaksin COVID-19 dapat menghalang diri daripada menyebarkan virus itu kepada orang lain.
Semakin ramai yang mengambil vaksin, semakain sukar penyakit itu untuk merebak dan semakin dekat kita mencapai imuniti kelompok.
Vaksin secara umumnya boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu, namun bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Antara simptom yang dialami oleh kebanyakkan penerima vaksin adalah seperti:
- Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan.
- Rasa letih.
- Sakit kepala.
- Rasa seram sejuk.
- Demam.
- Sakit otot dan sendi.
- Rasa loya dan muntah-muntah.
- Kulit merah atau muncul ruam pada kawasan suntikan.
- Nodus limfa membengkak.
Selepas menerima vaksin, anda digalakkan untuk mengambil ubat seperti ibuprofen, aspirin atau antihistamin untuk sebarang ketidakselesaan yang anda alami. Walau bagaimanapun, jangan ambil ubat-ubatan ini sebelum di vaksin bagi mengelakkan kesan sampingan sebelum mendapatkan vaksinasi.
Perlu diingatkan kesan sampingan selepas vaksin adalah satu perkara biasa. Reaksi yang sederhana adalah tanda sistem imun badan sedang bertindak balas dengan vaksin. Jadi, anda perlu berehat selama beberapa hari selepas menerima vaksin.
Segera berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk atau terdapat abnormal pada kawasan suntikan.
Vaksinasi adalah selamat dan mungkin satu-satunya jalan untuk kita melawan COVID-19. Walau bagaimanapun, pastikan anda tahu tanda-tanda kesan sampingan vaksin yang teruk, terutamanya jika anda mempunyai alahan. Namun, setelah mendapatkan vaksinasi, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan norma baharu.
Sumber: Hello Doktor