Gigi Hadid Pun Pakai Suit Dengan Corak Tie-Dye! Serious Cantik Dan Awesome

Gigi Hadid Pun Pakai Suit Dengan Corak Tie-Dye! Serious Cantik Dan Awesome

gigi hadid pun pakai suit dengan corak tie-dye! serious cantik dan awesome

Kalau korang still ingat, fesyen corak tie-dye pernah jadi trend. Boleh kata kan semua orang pun pakai tshirt tie-dye lah. Ada yang sanggup ambil kelas untuk hasilkan baju tie-dye.

Kalau korang rasa tie-dye dah mati, korang salah. Sebab baru-baru ni model runway terkenal Gigi Hadid tampil memukai dengan suit bercorak tie-dye. Korang boleh bayang tak macam mana suit yang nampak formal boleh bercorak tie-dye?

Tapi, kalau dah Gigi Hadid yang pakai of course akan nampak perfect. Penampilan Gigi kelihatan ketika dia berada di bandar New York. Gayanya sungguh bersahaja namun tetap groovy dan elegan.

Berdasarkan outlet fashion terkenal, suit tersebut adalah dari koleksi 2020 Oscar de la Renta. Gigi memadankan suit tersebut dengan bag mini dua tone dan juga kaca mata bulat yang diinspirasikan dari tahun 90’an.

Sumber: Vogue