Cepat Jumpa Doktor Jika Ada Tanda Ini, Boleh Jadi Gula Dalam Darah Terlampau Tinggi

Tahukah anda, sindrom akibat gula darah tinggi amat membahayakan kesihatan anda?

cepat jumpa doktor jika ada tanda ini, boleh jadi gula dalam darah terlampau tinggi

Paras gula darah yang tinggi berisiko untuk seseorang itu mendapat sindrom hiperosmolar diabetes, iaitu keadaan bila tubuh badan cuba untuk mengeluarkan atau menyingkirkan lebihan gula melalui air kencing. Akibatnya, seseorang itu boleh mengalami dehidrasi melampau, seterusnya membawa kepada maut.

 

Ia adalah salah satu daripada komplikasi yang biasa berlaku jika seseorang itu menghidap diabetes. Antara simptom atau tanda seseorang itu mengalami sindrom hiperosmolar diabetes adalah:

  • Mempunyai bacaan gula darah lebih daripada 600 mg/dL
  • Berasa dahaga yang melampau
  • Mulut mengalami kekeringan
  • Kerap membuang air kecil
  • Kulit menjadi kering
  • Mengalami demam
  • Mengalami kekeliruan
  • Mengalami halusinasi
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Koma

 

Peningkatan paras gula dalam darah berlaku  disebabkan sama ada tubuh badan tidak menghasilkan insulin dengan mencukupi atau mempunyai masalah dengan penggunaan insulin.

cepat jumpa doktor jika ada tanda ini, boleh jadi gula dalam darah terlampau tinggi

Sindrom hiperosmolar diabetes pula berlaku apabila paras gula darah ini menjadi terlalu tinggi dalam tempoh yang lama. Antara punca sindrom hiperosmolar ini boleh berlaku ialah:

  • Mempunyai jangkitan tertentu seperti jangkitan saluran kencing
  • Berhenti mengambil ubat-ubatan diabetes
  • Mempunyai serangan jantung atau strok
  • Mengambil jenis ubat-ubatan tertentu seperti steroid atau ubat diuretik.

 

Sekiranya seseorang itu didiagnos dengan sindrim hiperosmolar, mereka akan diberikan rawatan kecemasan seperti kemasukan cecair melalui vena, pemberian insulin, dan penggantian potasium serta natrium fosfat bagi membantu sel tubuh berfungsi semula dengan baik.

cepat jumpa doktor jika ada tanda ini, boleh jadi gula dalam darah terlampau tinggi

Langkah terbaik untuk mengelakkan kita daripada menghidap sindrom ini adalah dengan mengawal paras gula darah setiap hati, minum banyak air, uruskan pelan diabetes dengan pengambilan makanan sihat, dan juga mendapatkan vaksin flu tahunan jika perlu.

 

Dapatkan nasihat daripada doktor berhubung tahap kesihatan anda. Rawatan dan pemeriksaan awal mampu mencegah penyakit yang lebih parah daripada terjadi.

 

Sumber: Hello Doktor