Jom Kenal Apa Itu Lumba Basikal Keirin Dan Cara Dipertandingkan

Lumba basikal keirin adalah antara acara sukan yang amat dinantikan ramai kerana terdapat wakil negara yang bertanding diperingkat antarabangsa iaitu Datuk Azizul Hasni Awang dan juga Shah Firdaus.

jom kenal apa itu lumba basikal keirin dan cara dipertandingkan

Keirin adalah perkataan Jepun yang membawa maksud perlumbaan beroda dan ia mula dimainkan pada tahun 1948. Ketika itu acara itu dilakukan untuk perjudian sama seperti lumba kuda. Namun lama kelamaan, ia dilihat berpotensi pergi jauh, dan akhirnya diiktiraf sebagai acara rasmi Persekutuan Basikal Antarabangsa, atau Union Cyliste Internationale (UCI).

jom kenal apa itu lumba basikal keirin dan cara dipertandingkan

Perlumbaan keirin dimainkan dalam jarak 2km, atau 8 pusingan trek velodrome 250m, atau 6 pusingan trek velodrome 333m. Pada pusingan pertama, pelumba akan mengekori seorang manusia yang menaiki motosikal atau basikal elektrik yang dipanggil sebagai pacer.

jom kenal apa itu lumba basikal keirin dan cara dipertandingkan

Ketika dibelakang pacer, pelumba tidak dibenarkan memotong dan kelajuan akan dinaikkan perlahan-lahan dari 25km/j kepada 50km/j dan ketika jarak garisan penamat sekitar 600m, pacer akan ketepi bagi memberi laluan kepada pelumba untuk memecut laju hingga ke garisan penamat.

 

Cara Pertandingan

Pusingan pertama

Senarai pelumba yang layak seramai 24 orang akan dibahagikan kepada 4 saringan pusingan pertama dan setiap saringan mempunyai 6 pelumba. Pemenang nombor 1 dan 2 akan layak ke pusingan kedua, manakala yang lain akan bersaing dalam pusingan repechage.

 

Repechage

Pusingan khas ini adalah sebagai memberi peluang kedua kepada pemain untuk mara ke pusingan berikutnya. Ia akan dijalankan dalam 4 saringan dengan 5 pelumba setiap saringan. Hanya pemenang di tempat pertama layak ke pusingan kedua.

 

Pusingan kedua

Pusingan kedua dibahagikan kepada 2 saringan, dengan 6 pelumba setiap saringan. Pelumba nombor 1, 2 dan 3 dari setiap saringan layak ke pusingan akhir, manakala pelumba nombor 4, 5 dan 6 akan berlumba di pusingan penentuan tempat ke-7 hingga 12.

 

Pusingan akhir

Pusingan ini terdiri daripada 6 pelumba dan pelumba yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga layak memenangi emas, perak dan gangsa.

jom kenal apa itu lumba basikal keirin dan cara dipertandingkan

Sumber:

  1. RIO 2016
  2. Wikipedia