Cer korang cek peti sejuk korang sekarang? Agak-agak apa kesalahan besar yang telah korang lakukan?
Ok, macam ni. Kalau korang nak simpan makanan mentah dalam peti ais seperti daging yang masih berdarah atau ikan mahupun ayam mentah, pastikan korang letak benda ni pada bahagian bawah.
Jadi, kalau air titisan darah tu menitis, tak ada lah dia menitis ke makanan lain yang ready untuk di makan, kan?
Nampak macam remeh je kan? Tapi sebenarnya, kalau kita tak buat atau ikut cara ni peluang untuk dapat masalah keracunan makanan sangat lah tinggi.
Sumber: KKM