Kredit: jcomp/Freepik
Buat korang yang gemar menggunakan gincu jenis cecair atau matte, mungkin korang suka dengan koleksi O’Betty LipMatte By Glow Glowing. Dengan harganya yang mampu milik, gincu ni mengandungi bahan semulajadi seperti madu, minyak zaitun, dan shea butter.
Antara kelebihannya termasuklah tekstur matte yang lembut dan ringan, warna yang tahan lama dan tak mudah pudar, cepat kering tanpa merekahkan bibir, tidak melekit, membantu merawat dan melembapkan bibir, serta pelbagai pilihan warna dan perisa yang menarik macam strawberry, grape, pomegranate, mix fruit, bubble gum, dan vanilla! Jom tengok 10 warna gincu LipMatte ni dengan lebih jelas di SYOK BM!
Kredit: O’Betty
Dah tengok ke belum? Cantik kan? Kalau tak pasti warna apa yang sesuai dengan tona kulit korang, ikut je cadangan di bawah ni.
Kredit: O’Betty
Setiap gincu ni berharga RM40 (Semenanjung Malaysia) / RM45 (Sabah dan Sarawak. Kalau nak beli atau nak tahu lebih lanjut tentang gincu-gincu ni, korang boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Facebook atau Instagram O’Betty.
3 langkah mudah untuk habiskan gincu matte hingga ke titisan terakhir
Bila dah tahu warna apa yang korang nak guna, kami ingin berikan korang beberapa tips untuk korang benar-benar habiskan gincu matte yang dipakai agar tak membazir.
Ini kerana gincu jenis cecair dalam tiub yang langsing dengan bukaan yang sangat kecil menjadikannya lebih sukar untuk dihabiskan sehingga ke titisan terakhir. Sayanglah kan terbuang macam tu je, padahal tak habis lagi. Ni tiga langkah mudah untuk habiskan gincu matte:
Langkah 1
Guna pisau atau pisau cukur untuk buka penutup plastik di dalam di bahagian atas tiub.
Langkah 2
Kredit: master1305/Freepik
Guna spatula atau berus bibir terkecil yang korang miliki dan korek/keluarkan semua isi cecair dari tiub. Korang boleh putar spatula/berus tu untuk korek segala lebihan isi gincu yang ada. Ulangi langkah ini beberapa kali untuk mengeluarkan setiap titisan gincu dari tiub.
Langkah 3
Simpan isi gincu matte yang berjaya dikikis di dalam tin atau bekas yang boleh digunakan semula (contohnya macam bekas lipbalm) dan pakai berus bibir untuk menggunakannya. Korang juga boleh gunakan lipstick wand yang sedia ada.
Amalan menghabiskan bahagian terakhir setiap produk alat solek dan penjagaan kulit korang membantu mengurangkan pembaziran. Satu lagi kebaikannya ialah korang boleh jimat lebih banyak kerana produk yang korang sedang guna boleh bertahan lebih lama.