Sakit hati bila tengok taugeh yang disimpan layu dan lebam kan? Daripada teruja nak masak terus hilang selera nak masak menu yang diidamkan.
Untuk anda diluar sana, ini kami kongsikan petua untuk pastikan taugeh simpanan anda tagan lebih lama, segar dan tidak lebam. Selamat mencuba!
Bahan - Bahan:
- Taugeh
- Air Bertapis
- Asam Gelugur
Cara - caranya:
- Bersihkan taugeh dan kemudian toskan.
- Masukkan asam gelugur ke dalam air ( sudah disediakan dalam bekas)
- Biarkan asam gelugur terendam selama 5 hingga 10 minit.
- Kemudian masukkan taugeh ke dalam bekas tersebut dan simpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber Rasa.