Balut Brokoli Dengan Aliminium Foil Nak Kekal Segar Dan Tak Cepat Rosak

Sayur merupakan makanan yang cepat rosak dan layu. Kebiasaannya sayur-sayuran memang tak akan tahan lama, walaupun diletakkan dalam peti ais.

balut brokoli dengan aliminium foil nak kekal segar dan tak cepat rosak

Berhati hati dengan jenis sayuran dan buahan yang dibeli dan makanan seperti ini haruslah dimakan habis sebelum beli stok baru. Ini adalah petua untuk kekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama.  

via GIPHY

  1. Jangan simpan sayur sayuran dan buah buahan di tempat yang sama kerana buah buahan melepaskan gas etilena yang tinggi dan sayuran sangat sensitive terhadapnya.
  2. Jangan basuh buah buahan sebelum menyimpan. Kalau nak basuh buahan, keringkan dulu sebelum masuk ke dalam peti sejuk.
  3. Jangan simpan buah buahan dan sayur sayuran di dalam bekas tertutup kerana ia memerlukan oksigen untuk kekal segar.
  4. Dinasihatkan keringkan sayur hijau selepas membasuh dan kemudian bungkus bersama surat khabar dan letakkan di dalam beg plastic yang berlubang.
  5. Bahan bahan seperti daun kari, daun limau, daun sup dan daun ketumbar harus di simpan di dalam bekas yang tertutup dan dilapikkan dengan tisu kering
  6. Brokoli harus di balut dengan menggunakan aliminium foil. Brokoli akan kekal segar dan tak jadi kuning.

Sumber: Kartel Dakwah

Oleh: Khalie Azmi