Melancong Bersama Bayi? Senarai Barang Yang Perlu Dibawa!

melancong bersama bayi? senarai barang yang perlu dibawa!

Ramai ibu bapa memilih untuk tidak melancong apabila mereka mempunyai anak kecil atau bayi disebabkan kelecehan dalam melakukan persiapan sebelum sesuatu perjalanan. Jangan jadikan ini sebagai alasan ataupun penghalang untuk kita melihat dunia.

Pastikan anda mempunyai senarai lengkap barangan yang perlu dibawa untuk memastikan keselesaan anak serta ibu bapa.

Berikut adalah senarai keperluan yang disarankan untuk dibawa bersama:

  1. Passport baby – kalau takde passport macamana nak keluar masuk negara?
  2. Beg untuk menyimpan keperluan yang mudah untuk dicapai – Pastikan ada sekurang kurangnya dua set pakaian untuk ditukar
  3. 1 set baju untuk ibu atau bapa
  4. Lampin pakai buang – pastikan anda mempunyai lampin yang mencukupi dalam beg ‘carry on’ – Pastikan amaun yang dibawa cukup, anda semestinya tidak mahu terperangkap dalam situasi tak cukup lampin semasa dalam perjalanan.
  5. Kain pembersih (Sanitizing wipes) untuk membersihkan meja dan permukaan lain
  6. Baby wipes – untuk digunakan semasa menukar lampin bayi dan membersihkan kotoran
  7. Krim lampin (bawa dengan secukupnya)
  8. Lapik untuk menukar lampin – Meja untuk menukar lampin ada disediakan dalam kapal terbang tetapi lapik yang dibawa sendiri adalah lebih bersih dan selesa
  9. Beg plastik – untuk membuang lampin dan tisu serta menyimpan pakaian bayi yang kotor dan basah
  10. Selimut – Bukan sahaja digunakan untuk memastikan bayi tidak sejuk, tetapi boleh juga digunakan sebagai tikar di lapangan terbang untuk si kecil bermain
  11. Susu ibu atau susu formula – bawa dengan secukupnya. Pastikan setiap paket tidak melebihi 100ml seperti had yang ditetapkan.
  12. Botol minuman bayi
  13. Makanan bayi dalam tin ataupun balang – Makanan ini mungkin perlu diperiksa terlebih dahulu oleh sekuriti
  14. Snek seperti buah buahan, bijirin dan biskut bayi
  15. Insurans perjalanan – Mendapatkan rawatan di negara luar akan melibatkan kos yang tinggi. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.
  16. Ubat untuk bayi seperti Syrup paracetamol, Syrup rhinatiol/pabron/prospan (batuk), Syrup piriton/loratidine (selsema), syrup colimix (sakit perut), Smecta (diarrhea), syrup maxolon or hydrinate (muntah) **Dapatkan nasihat doctor sekiranya perlu &
  17. First aid kit
  18. Puting hisap bayi (Pacifier) serta mainan yang boleh digigit untuk memberi keselesaan pada gusi
  19. Mainan dan buku
  20. Ipad atau tablet – bagi anak yang sudah cukup besar ipad ataupun tablet boleh menghiburkan mereka
  21. Hadiah atau goody bag kecil untuk penumpang yang lain – Saguhati kalau anak kita menganggu penumpang lain

melancong bersama bayi? senarai barang yang perlu dibawa!

Oleh: Capo Rod