Ada Masalah Kekejangan? Gunakan Air Garam Sahaja

air garam boleh mengurangkan masalah kaki kekejangan sewaktu bersenam

Korang pernah dengar tak kalau kaki cramp, minum air garam? Air garam yang selalu diberi apabila cirit-birit tu?

Sebenarnya, air garam tu boleh digunakan juga untuk mengurangkan kekejangan otot sewaktu korang bersenam.

Macam mana air garam ni boleh mengurangkan masalah kekejangan?
ok macam ni, waktu tengah bersenam tu, badan kita akan mengeluarkan peluh dan garam-garam daripada badan kita.

Jadi, kalau kita minum air biasa yang jenis reverse osmosis, ia tidak mempunyai elektrolit di dalamnya. Maka, darah kita akan menjadi kurang pekat.  Sebab tu lah, otot kita akan terganggu dan akhirnya berlaku kekejangan.

So, kalau korang ada masalah mcam ni, minum air ORS yang sering digunakan oleh pesakit yang mengalami cirit-birit dan muntah.

Sumber: Maskulin