Kenapa Anda Harus Basuh Dahulu Baju Yang Baru Dibeli Sebelum Memakainya

kenapa anda harus basuh dahulu baju yang baru dibeli sebelum memakainya

Pernah tak beli baju baru dan terus pakai tanpa membasuh. Mesti masa tengah pilih baju itu, anda akan cuba dahulu. Nak tengok size muat ke tidak kan. Jadi cuba bayangkan ramai orang yang melakukan perkara yang sama pada pakaian yang baru sahaja anda beli.

Jika anda tidak membasuh baju yang baru sahaja dibeli anda boleh mendapat ruam di anggota badan yang dipanggil sebagai allergic contact dermatitis. Ini kerana peluh dan pergerakan apabila dipakai menyebabkan penyebaran pewarna daripada baju itu ke kulit. Jadi ia akan membuat badan rasa gatal dan naik ruam.

Tetapi jangan risau bukannya semua orang akan mendapat reaksi seperti ini, jika anda mempunyai kulit sentisif haruslah lebih berhati-hati. Ini tidak merupakan penyakit atau reaksi yang serius tapi atas dasar kesihatan dan kebersihan, digalakkan untuk membasuh dahulu baju yang baru dibeli.