Produk Berasaskan Air & Produk Berasaskan Minyak: Apa Bezanya?

produk berasaskan air & produk berasaskan minyak: apa bezanya?

Kredit: Freepik & @master1305/Freepik

Kalau korang rajin guna produk penjagaan kulit, mungkin korang perasan yang terdapat sesetengah produk berasaskan air, manakala sesetengah yang lain pulak berasaskan minyak. Yang mana satu lebih baik? Actually, kedua-duanya bagus, tapi bergantung kepada jenis kulit koranglah.

Perbezaan di antara produk berasaskan air dan produk berasaskan minyak

Manusia adalah hidupan yang berasaskan air. Kulit kita menyerap air lebih cepat daripada minyak. Hampir 60% tubuh manusia terdiri daripada air yang disimpan di dalam sel, tisu, tulang dan organ. Air adalah ‘pengedar’ semulajadi nutrien yang penting untuk tubuh dan berfungsi dalam membuang sisa buangan yang diproses organ.

Air mempunyai tekstur yang lebih ringan daripada minyak dan cenderung menyumbat pori-pori. Produk berasaskan air yang digunakan pada waktu malam membolehkan kulit kembali segar.

Untuk korang yang ada jenis kulit kering, berminyak, atau sensitif, produk berasaskan air mungkin adalah pilihan yang baik untuk korang.

Namun begitu, produk penjagaan kulit berasaskan air memerlukan pengawet untuk mengelakkan pencemaran dari mikro-organisma. Pastikan korang baca label produk untuk memahami pengawet apa yang digunakan dan dalam jumlah apa.

Bagi produk berasaskan minyak pula, minyak seperti Jojoba dan Zaitun mampu menarik air dan memberikan penghidratan dan pembersihan yang lembut dengan memecahkan kotoran yang ada kat kulit. Korang yang jenis kulit kering dan berminyak sesuai untuk guna.

Minyak ini menyerap ke lapisan dalam kulit tetapi tidak sepenuhnya seperti air. Minyak semulajadi menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada jenis kulit berminyak. Minyak semulajadi juga membantu kulit korang bersinar tanpa bahan kimia yang toksik. Anti-oksidannya memberikan perlindungan dan memerangkap kelembapan dalam kulit.

Tak kira macam manapun gaya hidup korang dan jenis kulit korang, semua orang digalakkan membasuh muka dua kali sehari di waktu siang dan malam, serta memakai produk penjagaan kulit yang bersesuaian, termasuklah mereka yang mempunyai kulit sensitif. Jika kulit korang sensitif, pastikan produk yang digunakan itu sesuai untuk jenis kulit korang.

Korang pernah dengar tak tentang produk Set Dnars Gold?

produk berasaskan air & produk berasaskan minyak: apa bezanya?

Kredit: Dnars Gold

Set 5-dalam-1 ni dilengkapi dengan 1 Glowing Serum (siang), 1 Lifting Serum (malam), 1 Choco Cream (krim siang), 1 Balen Cream (krim malam), dan 1 B-Tox soap. Semua produk dalam set ni sesuai untuk semua jenis kulit, tak kira wanita atau lelaki.

Produk waterbase ni amat mudah digunakan. Gabungan teknologi nano dan kandungan bahan semulajadinya yang premium mampu menyerikan wajah, di samping mengurangkan jerawat dan jeragat, membuat tona kulit kembali sekata, dan wajah yang lebih awet muda.

produk berasaskan air & produk berasaskan minyak: apa bezanya?

Kredit: Dnars Gold

Tambahan lagi, set ni juga membantu menyingkirkan sel kulit mati yang degil, menganjalkan kulit dengan mengurangkan kedutan halus, menenangkan iritasi dan jerawat, menyekatakan tona wajah, mengurangkan pembentukan blackhead serta whitehead, dan banyak lagi.

produk berasaskan air & produk berasaskan minyak: apa bezanya?

Kredit: Dnars Gold

Set Dnars Gold ni boleh didapati di semua toko jamu dan ejen produk yang sah. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk ni, korang boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Instagram atau Facebook Dnars Gold.