5 Kesalahan Sering Dilakukan Apabila Memakai Maskara

Ada wanita yang gemar akan solekan wajah muka yang kelihatan natural dengan memakai gincu sahaja. Namun, untuk kelihatan lebih anggun dan bergaya ramai wanita yang gemar akan solekan yang lebih tebal. 

5 kesalahan sering dilakukan apabila memakai maskara

Maskara merupakan salah satu riasan penting dalam solekan. Namun, ramai yang bersetuju betapa payahnya untuk menanggalkan maskara. Jadi rata-rata wanita akan sentiasa lupa untuk menanggalkan maskara sebelum tidur.

Jadi ini merupakan lima kesalahan yang sering dilakukan ketika menggunakan maskara.

1. Memakai produk terlalu banyak sehingga menampakkan ia terkumpul pada bulu mata.


2. Aplikasikan di hujung bulu mata sahaja, bukan dari akar. Akan menyebabkan bulu mata nampak tidak teratur.

3. Memakai maskara bermula dari bulu mata bawah dalam menyebabkan bawah mata kelihatan gelap. 

4. Bulu mata akan kelihatan tidak semula jadi jika warna maskara itu terlalu gelap ataupun terang.

5. Jika anda tidak membersihkan maskara seharian, ini boleh menyebabkan bulu mata anda jadi rapuh dan gugur. Ia juga boleh menyebabkan kornea luka ketika anda tidur. 

Harap anda tidak mengulangi kesalahan-kesalahan tersebut dan cuba mengaplikasikan maskara dengan lebih baik. Tapi yang paling penting, jagalah kebersihan. Tanggalkan maskara anda terutamanya sebelum anda tidur.

Sumber: mstar