Perkara yang menjengkelkan untuk wanita mahupun lelaki adalah pori-pori kecil yang degil di muka.
Lagi-lagi kalau cuaca yang panas, kulit berminyak. Eeeee, rimasnya! Jadi, kita haruslah menitikberatkan penjagaan kulit supaya wajah kelihatan lebih menyerlah bersinar.
Berikut merupakan 3 langkah mudah yang mungkin anda sudah tahu untuk mengatasi masalah kulit.
- Kerap cuci muka
Kulit wajah kita sering terdedah dengan debu dan habuk setiap hari. Lagi-lagi wanita yang bersolek, lagi la kena cuci muka. Menurut pakar dermatologi, Adam Geyer, dia menyatakan jika sebum mula tersumbat di liang, itu yang menjadi penyebab keradangan ia akan mengembangkan segala pori-pori. Jadi cara paling mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah muka berminyak adalah dengan membasuh wajah muka setiap hari.
- Pengelupasan kulit
Memastikan kulit dan liang pori berada dalam keadaan bersih, boleh la menggunakan kaedah pengelupasan dengan cara yang betul. Skrub yang lembut dan dicampurkan dengan exfoliant kimia seperti salisilik ataupun asid glikolisis adalah kaedah yang boleh digunakan. Amalkan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu tapi jangan sama sekali melakukan perkara ini setiap hari. Kalau tidak kulit akan menjadi kering.
- Menggunakan krim khas untuk liang
Faktor usia akan menyebabkan kulit kehilangan kolagen dan elastin. Tapi menggunakan macam-macam produk atas kulit adalah punca kulit kendur dan kering.
Cuba pilih produk yang diperbuat dari yis bagi menguatkan lagi liang-liang pori dan mengurangkan diameternya. Tindakbalas krim boleh membantu mengecilkan liang-liang supaya kelihatan lebih licin.
Sumber: bukanaku.com