Kredit: RawPixel.com
Dah hampir dua tahun kita terkesan akibat pandemik yang melanda, terutama sekali daripada segi kewangan. Dengan kes yang masih lagi dalam angka puluhan ribu dan sangat lambat nak turun, banyak bisnes dalam pelbagai sektor (terutama yang bukan perkhidmatan penting) semakin slow.
Bila bisnes dah slow, jangan tunggu lama-lama! Makin lama korang tunggu, makin tinggi kerugian yang terpaksa ditanggung. So, sebelum korang stress sebab bisnes yang jatuh merudum ini, jom ikuti tiga tips daripada pakar bisnes online iaitu Najib Asaddok, pengasas Momentum Internet ni:
#1 Elakkan daripada overthinking
Bila sales turun, kita mulalah panik dan gelabah bila nak selesaikan masalah yang ada, sampai overthinking. “Betul ke solusi ni? Kalau tak berkesan macam mana?”. Pendek kata macam-macam ada dalam fikiran korang. Elakkan daripada overthinking. Kenapa?
Sebab menurut pakar kesihatan, ianya boleh mengganggu kesihatan mental dan fizikal korang. Overthinking boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti kegelisahan, kemurungan, insomnia dan gangguan makan. Daripada korang overthinking, lebih baik korang gunakan tenaga dan fikiran korang tu untuk cari solusi terbaik.
#2 Elakkan daripada menunggu terlalu lama
“Duit semakin menyusut, stok nak kena tambah. Nak modal untuk marketing pun tak boleh. Nak buat apa-apa tindakan pun tak boleh. Tunggulah esok, lusa, tulat…”. Kalau asyik tunda-tunda nak tunggu masa yang sesuai, sampai bila pun tak sudah.
Dalam bisnes, siapa cepat dia dapat. So kalau korang nak teruskan bisnes, korang kena cepat bertindak bila dah nampak sales makin turun dan bisnes makin slow. Lagi lama tunggu lagi susah nak naik balik. Keadaan ekonomi (sama ada tempatan atau global) tak akan pernah stabil, jadi takde istilah ‘perfect timing’. Anytime pun korang boleh mula!
#3 Elakkan daripada terlalu bergantung pada orang lain
Nak jadi peniaga kena ada sifat proaktif dan pantas bertindak. Kalau jenis suka tunggu arahan orang untuk bagi pendapat bernas, nak kena ‘ketuk’ dulu baru rasa motivated, dan takut nak keluar dari zon selesa; sampai bila-bila pun tak akan maju.
Jadi pastikan korang proaktif, cepat cari jalan penyelesaian, dan minta nasihat daripada beberapa orang yang pakar sebelum buat keputusan yang korang sendiri rasa terbaik untuk korang dan bisnes korang. Kalau korang rasa hampir putus asa, cuba baca kisah Shah ni, seorang pemuda yang pernah dianggap sebagai mat rempit tiada masa depan:
Shah, mat rempit yang berjaya hanya dengan modal berjumlah RM2 je
Anak muda yang berumur 22 tahun ni merupakan stokis kepada produk makanan Golden Salted Egg Peyek. Shah atau nama penuhnya Muhammad Shah Bakri bin Abu Bakar ni mula berjinak-jinak dalam bisnes pada bulan Mac 2020.
Dulu, dia selalu dianggap pemuda yang tiada masa depan. Orang pandang dia sebagai seorang mat rempit yang tak boleh berjaya. Disebabkan itu Shah ingin buktikan pada orang ramai bahawa dia juga boleh berjaya, dengan mengambil keputusan untuk menjadi seorang ejen produk
Tak nak sia-sia kan masa yang ada, Shah cepat-cepat ambil peluang untuk upgrade ilmu tentang bisnes dengan hala tuju yang betul dengan menyertai program Roket Pemasaran Momentum bermodalkan yuran RM2 je!
Dalam program ni, Shah baru tahu bahawa bisnes ni bukan sekadar nak menjual je, tetapi juga kena bagi value dekat pelanggan. Shah belajar cara nak tarik pelanggan dengan betul. Hasil usaha yang konsisten dan sanggup buat apa jua yang disuruh, jualan Shah meningkat dari kosong ke RM1,000; satu permulaan yang sangat baik untuknya!
Setelah menyertai program tersebut, Shah menyaksikan sendiri peningkatan demi peningkatan hasil jualannya, dan kini dia mampu meraih sales lebih daripada RM30,000! Awal bisnes Shah bergerak seorang, sekarang dia dah ada seramai 30 orang team ejen dan stokis.
Sesiapa pun boleh capai kejayaan seperti Shah jika berilmu dan berusaha
Tak semua orang mampu ada bisnes sendiri. Hanya mereka yang kental mental je yang boleh bertahan lama dan rajin berusaha sambil menimba ilmu baru agar tak ketinggalan.
Kalau korang nak jadi macam Shah, jom sertai sesi Kuasai Pemasaran Online (KPO)! Pakar perniagaan Najib Asaddok nak kongsikan Cara Paling Mudah Guna Facebook untuk capai RM10,000 korang yang pertama!
Kredit: Momentum Internet
Program KPO ni serendah RM30 je tau, dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Bonus 7 video Strategi Facebook Ads! Jom daftar cepat di NakTarikPelanggan.com!
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Momentum Internet dan Najib Asaddok, korang boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Instagram dan Facebook Najib Asaddok atau layari di sini.