Cecah Usia 35 Tahun, Zul Ariffin Okey Saja Tak Kahwin Lagi

Pelakon, Zul Ariffin berkata beliau tiada sebarang masalah meskipun tidak menemui jodoh lagi pada usianya yang sudah pun melewati 35 tahun.

cecah usia 35 tahun, zul ariffin okey saja tak kahwin lagi

Menurutnya, beliau masih belum menemui wanita yang tepat untuk dijadikan suri rumah dan tidak mahu terburu-buru dalam berumah tangga.

 

"Kalau ada jodoh pasti tak ke mana. Saya okey saja walaupun belum berkahwin di usia sekarang ini.

"Jika dilihat ramai lagi selebriti lelaki terkenal yang belum berkahwin. Saya bukan satu-satunya lelaki yang belum temui jodoh.

"Jujur saya tak tertekan sebaliknya saya menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan positif. Masa yang tepat akan tiba. Tunggu sahajalah," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin kini melakonkan watak dalam filem terbaharu berjudul ‘Penunggang Agama’, bersama pelakon-pelakon lain seperti Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan dan Johan As'asri.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar ini mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri yang berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’.

 

Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Saksikan filem Penunggang Agama di pawagam rumah anda hanya di Astro First.

 

Sumber: [1]