Lepas 48 Tahun Bertunang, Pasangan Ini Akhirnya Berkahwin Juga

Selepas bertunang selama 48 tahun, sepasang kekasih dari London akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.

lepas 48 tahun bertunang, pasangan ini akhirnya berkahwin juga

Dave Scott, 78 dan pasangannya, 72 bertemu pada tahun 1969. Ketika itu umur Scott baru 26 tahun.

 

Mereka bertunang selepas empat tahun berkenalan, namun tidak dapat melaksanakan perkahwinan disebabkan beberapa kekangan dan halangan.

 

“Saya telah mengadakan majlis pertunangan pada tahun 1973 dan ia merupakan satu malam yang hebat,” ujar Scott.

Mereka diuji dengan pelbagai dugaan seperti ibu bapa jatuh sakit, masalah kewangan dan juga Pamela yang hamil pada usia 40 tahun.

lepas 48 tahun bertunang, pasangan ini akhirnya berkahwin juga

“Kami berdepan banyak dugaan hidup. Saya kerap tidak bekerja, ibu bapa saya jatuh sakit, dan pada tahun 1989, Pamela didapati hamil.

“Kami amat terkejut kerana pada waktu itu, dia berusia 40 tahun dan saya berusia 46 tahun. Disebabkan itu, perkahwinan terpaksa ditangguhkan lagi,” katanya.

 

Kini selepas 48 tahun mereka bertunang, Scott dan Pamela berasa sudah tiba masanya mereka mendirikan rumah tangga.

 

Lebih mengujakan, perkahwinan mereka juga hampir dengan majlis perkahwinan anak mereka pada Oktober ini.

 

Sumber: Kosmo!