Sabar, Bijak & Jujur Sifat Ada Pada Si Pemasak Rendang – Kajian

Rendang merupakan salah satu hidangan daging yang disediakan dengan memasak daging bersama santan, lada, dan banyak rempah ratus sehingga kering. Ia cukup lazim dengan perayaan hari raya, kenduri-kendara dan majlis-majlis lain.

sabar, bijak & jujur sifat ada pada si pemasak rendang – kajian

Tahukah anda, terdapat satu kajian saintifik yang pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Teknologi Pemakanan dan Makanan, Fakulti Sains Kehidupan, Universiti Surya di Indonesia berkenaan rendang?

sabar, bijak & jujur sifat ada pada si pemasak rendang – kajian

Menurut kajian tersebut, proses memasak rendang yang memakan masa lama mempunyai filosofinya tersendiri iaitu mengenai kesabaran, kebijaksanaan dan juga kejujuran.

 

Proses memasak rendang untuk khasnya untuk zaman dahulu memerlukan kesabaran, ketekunan dalam mengacau, dan kebijaksanaan dalam membakar api. Kebijaksanaan diperlukan dalam memilih bahan-bahan seperti daging, cili, dan rempah-rempah lain yang diperlukan untuk mencapai rasa yang diinginkan. Banyak aspek, seperti kesabaran dan pengalaman, diperlukan untuk mencapai kesempurnaan.

sabar, bijak & jujur sifat ada pada si pemasak rendang – kajian

Bahan untuk menyiapkan rendang bergantung juga sama ada ia ada atau tidak. Awalnya, daging lembu dan kerbau digunakan untuk menghasilkan rendang, dan ia sangat sukar untuk diperolehi disebabkan bilangan terhad serta harga yang mahal, tetapi sekarang ini sudah ada banyak jenis rendang seperti rendang ayam yang lebih mudah disediakan.

 

Pernah dinobatkan sebagai hidangan paling lazat di dunia oleh Cable News Network pada 2011 dan 2017, proses penyediaan rendang adalah berbeza-beza mengikut kepada kawasan dan asal usulnya.

sabar, bijak & jujur sifat ada pada si pemasak rendang – kajian

Misalnya, rendang Minang dimasak 6 hingga 7 jam pada suhu 80-90 darjah Celsius. Rendang Minangkabau pula dimasak lama sehingga kering dan naik baunya.

 

Malah dikatakan perkataan ‘rendang’ itu sendiri berasal daripada perkataan ‘merandang’ atau ‘randang’ yang bermaksud perlahan, menunjukkan proses memasaknya yang sangat lama. Jadi tidak hairanlah mereka yang suka memasak rendang ada sifat penyabar yang tinggi.

 

Hasil kajian mengenai rendang ini boleh dibaca melalui Journal of Ethnic Foods.