Yuna Hiasi Muka Depan Vogue Singapore

Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, melakar sejarah baru dalam kariernya apabila beliau muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen terkenal, Vogue Singapore.

yuna hiasi muka depan vogue singapore

Tidak ketinggalan, menerusi temu bual bersama Vogue Singapore, Yuna membuka cerita mengenai perjalanan dan kesukarannya yang dihadapinya dalam bergelar seorang artis, lagi-lagi apabila melibatkan identitinya sebagai seorang wanita Muslim dan bertudung yang cuba mengejar impian di negara Barat seperti Amerika Syarikat.

Ujarnya, “Sebagai wanita dari Asia Tenggara beragama Islam dalam industri muzik Amerika, saya melalui pelbagai cabaran, antaranya terpaksa berhadapan dengan stereotaip orang Islam, hijabi, Asia Tenggara, atau ‘kita tidak tahu di mana tempatnya’.”

Namun, lanjutnya lagi, itu tidak bermaksud bahawa dia tidak menemui mereka yang berbuat baik terhadapnya sepanjang perjalanan tersebut.

“Tetapi saya menemui orang yang baik juga, mereka yang memahami apa yang saya lakukan dan mahu mendengar muzik saya,” katanya.

Tidak ketinggalan, edisi April 2021 yang bertemakan ‘rhythm’ itu turut melihat Yuna memperagakan beberapa koleksi fesyen dalam sesi fotografi yang meminjam ilham daripada festival muzik seperti Coachella.