Keropok ikan merupakan sejenis produk yang berasas ikan yang popular dikalangan masyarakat kita.
Siapa sangka keropok ikan boleh dimasak tanpa setitik minyak pun.
Yang menariknya, keadah baru memasak keropok ini terhasil tanpa sengaja.
Menerusi akaun Twitter @lisaa_aa98 memberitahu adiknya telah memasak keropok ikan dengan menggunakan microwave gara-gara takut dan tak pandai masak menggunakan minyak. Hasilnya sumpah sedap, tulisnya.
Perkongsian ini mencuri perhatian ramai. Rata-rata memuji ‘penemuan’ baru adik gadis itu.
Menurut Lisa, adiknya merupakan kanak-kanak istimewa yang menghidap global development delays (GDD). Walaupun begitu, dia seorang yang sangat rajin.
Ini cara-cara menyediakan keropok ikan dengan menggunakan microwave.
Terima kasih adik Lisa dan selamat mencuba kawan-kawan.