Sebuah dokumentari dari Korea bertajuk I Met You telah menarik perhatian ramai selepas satu segmen yang disiar memaparkan seorang ibu yang bertemu dengan anaknya yang telah meninggal melalui reality maya (Virtual Reality-VR).
Berdasarkan AJU Business Daily, wanita yang dikenali sebagai Jang Ji-sung telah hilang anaknya berumur 7 tahun empat tahun yang lalu disebabkan oleh penyakit yang tak diketahui.
Syarikat penyiaran The Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) mengambil masa selama lapan bulan untuk menghasilkan pengalaman VR tersebut. Mereka telah mencipta semua wajah anak tersebut, tubuh dan suara yang hampir serupa dan gadis tersebut.
Biarpun wanita tersebut tidak boleh menyentuh anaknya secara fizikal namun dia seolah-olah sangat gembira dengan pengalaman tersebut. Sepanjang waktu VR itu, Jang Ji-sung telah berinteraksi dengan anaknya. Mereka memetik bunga bersama-sama, mengambil gambar dan meraikan hari lahir anaknya.
Sumber: Buzzfeed