Peminat K-Pop Di Thailand Bersatu Bantu Golongan Peniaga Terjejas Akibat COVID-19

Sekiranya dahulu, pemandu ‘tuk tuk’ yang bernama Samran Thammasa, 39, ini tidak pernah mengenali nama penyanyi K-Pop, Jessica Jung sebelum melandanya pandemik, namun kini lain pula ceritanya.

peminat k-pop di thailand bersatu bantu golongan peniaga terjejas akibat covid-19

Semuanya tidak lain tidak bukan apabila para peminat bintang K-Pop itu menggerakkan usaha untuk membantu Samran agar dia berupaya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya menerusi pendapatan sebagai seorang pemandu ‘tuk tuk’, setelah lama bergelut dengan kehilangan penumpang berikutan pandemik yang melanda.

Menurutnya, motosikal tiga tayar miliknya itu sudah lebih setahun sepi daripada penumpang.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, Samran secara perlahan-lahan kembali meraih pendapatannya kira-kira sebanyak 600 Baht (RM78) sebulan hasil daripada iklan K-Pop pada kenderaannya itu.

“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” luahnya.

Dahulunya, Samran biasa memperoleh sekitar 1,500 Baht (RM195) sehari, hasil mengangkut penampung menuju ke destinasi mereka di serata Bangkok.

Sebagai makluman, golongan pemandu kenderaan tersebut merupakan antara yang paling teruk terjejas berikutan industri pelancongan negara yang lumpuh akibat pandemik COVID-19.

peminat k-pop di thailand bersatu bantu golongan peniaga terjejas akibat covid-19

Namun, ia sememangnya tidak terduga apabila terdapat golongan muda yang juga merupakan peminat K-Pop berkeputusan untuk berhenti membelanjakan iklan meraikan hari lahir dan promosi pelancaran album bintang K-Pop kegemaran mereka dari sumber lain, agar dapat membantu golongan peniaga yang terjejas.

Cara yang diusahakan mereka adalah dengan membantu memasang poster dan kain rentang idola K-Pop kegemaran mereka pada tuk-tuk misalnya, yang mana gambar-gambar itu akan ditukar setiap bulan.

Kongsi Samran yang memandu tuk-tuk di sekitar Bangkok, setiap kali dia dan rakan-rakannya membawa kenderaan keliling bandar itu, mereka akan ditahan anak-anak muda yang merupakan para peminat K-Pop untuk bergambar selain berkongsi kandungan promosi atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu, berserta pemberian tip tambahan.

 

Sumber: [1]