Nyanyian Gelandangan Curi Perhatian Sekaligus Mengubah Nasibnya

nyanyiannya gelendangan curi perhatian sekaligus mengubah nasibnya

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Yang membawa maksud, tiada sesiapa yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang.

Di Kolkata, India, nama Ranu Mandal mula menjadi sebutan orang ramai selepas video nyanyiannya menjadi viral di media sosial.

Tengok ni.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Atindra Ckaraborty.

Video itu dirakam ketika Ranu Mandal, 59, menyanyi di stesen kereta api Ranaghat, tempat dia selalu menyanyi untuk mencari rezeki. Ketika itu Ranu menyanyikan lagu Ek Pyaar Ka Nagma Hai, yang dipopularkan oleh Lata Mangeshkar.

Siapa sangka, nyanyiannya mencuri perhatian ramai sekaligus mengubah nasibnya.

Tak sampai beberapa jam, dia menjadi sangat popular dan berjuta-juta orang menonton video tersebut. Orang ramai suka mendengar suaranya yang merdu serta kagum dengan kemahiran nyanyiannya.

Penyanyi Bollywood terkenal, Himesh Reshammiya memberi Ranu peluang menyanyikan lagu ‘Teri Meri Khani’ untuk sebuah filem Bollywood, Happy Hardy & Heer’.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Himesh Reshammiya (@realhimesh) on

Ternyata, bakatnya dihargai ramai dan ini termasuklah selebriti Bollywood seperti Salman Khan.

Ranu Mandal pun tak lari dari cerita-cerita panas.

Banyak berita palsu yang dikaitkan dengan Ranu Mandal. Terbaru, ada yang memaklumkan Salman Khan telah menghadiahkan sebuah rumah flat kepadanya. Namun, ternyata perkhabaran itu adalah palsu. Biasalah, bila dah famous banyaklah gosip-gosip liar ni. 

Jadikan kisah ini sebagai inspirasi. Tak salah bermimpi, mimpi mungkin jadi satu kenyataan satu hari nanti. 

Sumber:

1. wikifolder

2. news.18.com