Individu Paling Muda Berjaya Mendapatkan Ijazah

individu paling muda berjaya mendapatkan ijazah

Mengagumkan! Seorang budak lelaki berusia 9 tahun kini memegang rekod dunia sebagai individu paling muda berjaya mendapatkan ijazah.

Rekod baru telah dicipta mengatasi rekod Michael Kearney dari Univeriti of Alabama iaitu pada usia 10 tahun.

Laurent Simons dari Amsterdam dikatakan memiliki IQ 145 dan juga boleh bertutur dalam 4 bahasa.

individu paling muda berjaya mendapatkan ijazah

Laurent kini dia sedang mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti of Technology di Eidhoven.

Sedikit info tentang Laurent, dia memulakan persekolahan pada usia 4 tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia 8 tahun. Difahamkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau pakar bedah jantung.

Matlamat Laurent adalah melakukan PhD dalam bidang lanjutan kehidupan dengan menjalankan penyelidikan ke atas organ-organ buatan dan robotik.