Empat Guru Yang Wajar Dijadikan Sumber Inspirasi Rakyat Malaysia

Guru merupakan insan yang paling mulia dek tugasannya mendidik seseorang untuk menjadi manusia. Tanpa guru, maka gelaplah dunia.

Disebalik tugas sebagai seorang pengajar, ada ramai guru yang memilih untuk menjadi lebh daripada itu. Mereka mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi seorang pendidik kepada masyarakat. Niat mereka hanyalah satu iaitu supaya setiap insan menjadi seorang manusia berguna.

Seperti tahun sebelum-sebelumnya, McDonald’s sekali lagi relah membawakan Anugerah Guru Inspirasi. Selepas empat tahun penganjuran anugerah tersebut, franchise makanan segera itu telah menemui pelbagai guru dengan kisah inspirasi yang tersendiri.  Berikut adalah empat orang guru dengan kisah insp

1) Cikgu Mohd Farez (SMK Bandar Batul Sentul, Kuala Lumpur)

empat guru yang wajar dijadikan sumber inspirasi rakyat malaysiaGuru ini sepenuh dayanya menanamkan sifat kepada murid-muridnya bahawa setiap satu tindakan yang baik akan mencipta kebaikan yang lain. Sebagai seorang pendidik, beliau telah mengambil inisiatif sendiri dengan membantu pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan haram untuk kembali ke sekolah. Sehingga hari ini, guru ini telah membantu 41 orang pelajar dan mengambil pelajar angkat. Beliau membantu pelajar-pelajar tersebut dalam bentuk makanan, bekalan sekolah dan yuran sekolah.

 

2) Sir Soon (Smk Lubok Buntar, Serdang, Kedah)

empat guru yang wajar dijadikan sumber inspirasi rakyat malaysia

Guru ini percaya setiap pelajar mempunyai suara mereka sendiri biarpun mereka dari luar bandar. Maka, beliau telah melancarkan satu projek “Find Your Light” di mana ia memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk membina keberanian dan keyakinan dalam diri melalui seni persembahan. Projek tersebut telah dipersembakan di Penang Georgetown Festival dan di Penang Pac. Antara persembahan terbesarnya melalui projek ini adalah teater berkaitan anti-buli bertajuk “Sing To The Lions”. Persembahan itu telah disertai oleh pelajar dari 5 sekolah yang berbeza dan 6 persembahan telah dipersembahkan di hadapan 600 penonton.

 

3) Madam Wong (SMK Tumpat, Kelantan)

empat guru yang wajar dijadikan sumber inspirasi rakyat malaysiaGuru Bahasa Inggeris ini menerima pencalonan daripada pelajarnya sendiri, Fatin. Ketika ibu bapa Fatin terpaksa berpindah ke negeri yang berbza, Fatin terpaksa turut serta dan berpindah ke sekolah baru. Bagaimanapun, Fatin tidak dapat menyesuaikan dirinya. Namun, Madam Wong telah bersetuju untuk membenarkan Fatin untuk tinggal bersamanya sehingga tamat persekolahan. Biarpun berbeza agama, namun Fatin langsung tidak janggal kerana Madam Wong menjaganya seperti anak perempuannya sendiri.

 

4) Cikgu Mohd Azri (SMK Jelutong)

empat guru yang wajar dijadikan sumber inspirasi rakyat malaysiaBeliau merupakan guru untuk pelajar-pelajar pendidikan khas dan telah pun bertugas selama 10 tahun. Segala cabaran saat berhadapan dengan tingkah laku pelajar-pelajarnya dihadapi dengan penuh sabar dengan niat membimbing mereka. Perkara itu membuatkan beliau dikagumi oleh rakan sejawatannya.

Memang betul-betul menginspirasikan cerita-cerita guru ini. Tapi, kalau korang nak guru-guru korang dicalonkan, korang boleh buat dengan cara ni:

Langkah 1 – Log masuk https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi

Langkah 2 – Tuliskan bagaimana guru anda menjadi inspirasi kepada anda (dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin).

Langkah 3 – Tambahkan apa-apa gambar atau video sokongan (pilihan)

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Rakyat Malaysia