Cristiano Ronaldo Dan Team Juventus Setuju Untuk Tak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan

cristiano ronaldo dan team juventus setuju untuk tak dibayar gaji selama 4 bulan

Kerana penularan COVID-19 ni, macam-macam aktiviti sukan yang terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Sebenarnya, benda ni sangatlah memberi kesan kepada sesebuah pasukan seperti bola sepak. Ini kerana, kalau team diorang tak beraksi macam mana kelab nak dapat duit kan?

So, Cristiano Ronaldo dan pasukan Juventus yang lain termasuklah jurulatih Maurizio Sarri telah bersetuju untuk tidak dibayar gaji selama 4 bulan. Diorang buat ni sebab nak bantu kelab menguruskan ekonomi tatkala sedang dihimpit dengan COVID-19.

Menurut Juventus, perjanjian tersebut berjumlah $100.5 Juta. Diorang bersetuju untuk tidak dibayar pada bulan Mac, April, Mei dan Jun.

Pandemik ini telah menyebabkan semua sukan di Itali terpaksa di batalkan. Juventus merakamkan penghargaan kepasa semua pemain dan jurulatih atas komitmen mereka ketika waktu sukar ini.

Perghhh! Power lah team Juventus!

Sumber: CNN