Comelnya! Bayi Ini Digelar 'Kembar Junior' Jungkook BTS

Seorang kanak-kanak Korea mendapat julukan ‘kembar junior’ anggota BTS, iaitu Jeon Jungkook gara-gara rupa paras dan karakternya yang mengingatkan orang ramai terhadap penyanyi popular itu.

comelnya! bayi ini digelar 'kembar junior' jungkook bts

Dengan keperibadian ciliknya yang comel, kanak-kanak yang dikenali sebagai Lee Rowoon itu pertama kali mencuri perhatian orang ramai menerusi satu rancangan televisyen Chick High Kick.

Dalam rancangan yang berkonsepkan pertarungan taekwondo antara golongan cilik itu, Rowoon menentang kanak-kanak lain dan berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, yang menangkap perhatian orang ramai adalah reaksi lucunya terhadap kekalahan pihak lawan.

Momen tersebut serta-merta membuatkan orang ramai jatuh hati pada kecomelannya sehingga ada yang menyamakannya dengan Jungkook BTS.

Selain rupa parasnya yang dikatakan iras-iras Jungkook BTS, Rowoon juga memiliki kemahiran taekwondo yang mengagumkan, dan tentu sahaja, kelucuannya yang memikat hati ramai.

 

Sumber: [1]