Army Mengaum, Pre-Order 3.42 Juta Album Selepas Seminggu Pelancaran

army mengaum, pre-order 3.42 juta album selepas seminggu pelancaran

Sebut je nama BTS semua kenal, kan? Tak kisah lah minat ke tak minat ke semua orang yang main internet akan kenal dengan kumpulan pop dari Korea ini.

BTS telah melancarkan album baharu mereka berjudul Map Of The Soul: 7 baru-baru ini.

Jadi, sebagai sebuah kumpulan K-Pop yang diminati ramai BTS mencipta sejarah tersendiri apabila menerima 3.42 juta pratempahan. WOW!

Sebelum ni, ketika mereka melancarkan Map Of The Soul: Personal pun telah ditempah sebanyak 2.68 juta dalam tempoh lima hari.

Dikatakan sekiranya kumpulan BTS berjaya mengekalkan kecemerlangan mereka seperti sekarang, mereka mampu menjana nilai ekonomi lebih RM 202 billion!! WOW!!!

Sumber: Astro Awani