Sayu, Warga Emas Gagal Selamatkan 70 Lembu Ternakan

Sepasang suami isteri warga emas meluahkan rasa kecewa selepas 70 ekor lembu ternakan mereka hanyut dalam kejadian banjir dekat Kampung Pogoh Tengah di Segamat, Johor.

sayu, warga emas gagal selamatkan 70 lembu ternakan

Menurut Abdul Halim Yusof, 60, selain terpaksa menanggung kerugian lebih RM300,000, beliau juga berasa pilu apabila mengenangkan haiwan-haiwan ternakannya itu gagal diselamatkan.

 

Abdul Halim yang baru sahaja bersara sebulan lalu, pernah berdepan situasi sama pada 2011 dan hampur berputus asa ketika itu apabila lebih 90 ekor ternakannya hanyut.

sayu, warga emas gagal selamatkan 70 lembu ternakan

Menurutnya lagi, pengalaman berdepan banjir kali ini berbeza kerana air banjir naik terlalu pantas hingga tidak sempat berbuat apa-apa persiapan, namun sempat menarik keluar 14 ekor lembu ternakannya.

 

“Memang rasa kalau nak menangis tu bukan sekadar menangis tetapi sampai nak pengsan, namun saya terpaksa sabar dengan ujian kali ini.

“Dulu tahun 2011 pun ada banjir besar juga, tetapi sekurang-kurangnya waktu itu kami sempat buat persiapan sikit, tetapi kali ini air naik dengan sangat laju dan bukan sahaja ternakan saya hanyut, ternakan jiran-jiran lain turut berdepan situasi sama,” katanya.

 

Tambah Abdul Halim, lima daripada 14 ekor lembu yang diselamatkan berada dalam keadaan kritikal kerana terendam dalam banjir lebih 24 jam.

sayu, warga emas gagal selamatkan 70 lembu ternakan

Ekoran itu, beliau bertindak menyembelih dua ekor daripada jumlah berkenaan dan diagihkan kepada orang kampung, manakala tiga lagi gagal diselamatkan.

 

Sumber: Astro AWANI