Golongan Wanita Paling Ramai Guna TikTok Berbanding Lelaki

Tiktok merupakan rangkaian sosial yang pada awalnya digunakan untuk membuat video pendek dan mula dilancarkan sejak 2017. Ia mempunyai 1 bilion pengguna aktif setakat April 2022.

golongan wanita paling ramai guna tiktok berbanding lelaki

Kini aplikasi yang telah mengatasi rangkaian sosial lain seperti Facebook, Snapchat dan Twitter ini semakin mendapat tempat pada ramai pengguna, khasnya pengguna Generasi Z (Gen Z).

.

Dalam satu kajian yang dijalankan terdapat lebih separuh pengguna Tiktok adalah dari mereka yang berusia bawah 25 tahun, berbanding 39 peratus adalah daripada golongan Millenial (usia 26 hingga 41 tahun).

golongan wanita paling ramai guna tiktok berbanding lelaki

Wanita Gen Z adalah paling berkemungkinan menggunakan aplikasi itu dengan 70% wanita berusia 13 hingga 19 tahun menggunakan Tiktok, berbanding 49% lelaki pada lingkungan usia sama. Wanita Millenial juga dilihat lebih ramai menggunakan Tiktok berbanding lelaki Millenial.

.

Ia dapat dilihat dengan beberapa nama remaja perempuan yang menjadi sebutan dan popular di Tiktok seperti Charli D'Amelio, Addison Rae, Bella Poarch, dan Mooptopia.

golongan wanita paling ramai guna tiktok berbanding lelaki

Menurut seorang penyelidik media, girl culture yang berleluasa di Tiktok telah mengubah kehidupan gadis biasa kepada selebriti dengan ratusan ribu pengikut dalam masa beberapa hari. Tiktok juga mengubah budaya yang mereka lakukan secara tertutup sebelum ini kepada tontonan umum seluruh dunia seperti menari dalam bilik tidur, perkongsian barangan peribadi dan banyak lagi.

.

Sumber: [1]