Akibat Cuba Buka Pintu Pesawat, Wanita Ini Diikat Guna Pita Pelekat

Gara-gara tindakan cuba membuka pintu pesawat, seorang penumpang wanita terpaksa diikat pada kerusi menggunakan pita pelekat sepanjang penerbangan.

akibat cuba buka pintu pesawat, wanita ini diikat guna pita pelekat

Menerusi satu video yang tular, wanita berkenaan dirakam duduk atas kerusi sambil badan serta tangannya diikat dengan pita pelekat.

 

Insiden itu dipercayai berlaku ketika pesawat American Airlines dalam penerbangan dari Dallas ke Charlotte dan wanita itu cuba membuka pintu depan pesawat dan juga menyerang kru kabin.

 

Ia menyebabkan keadaan menjadi panik seketika dan kru kabin lain bergegas ke arah wanita tersebut sambil cuba menenangkannya sebelum dia terpaksa diikat.

 

Penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu pada mulanya terdengar suara wanita menjerit, namun tidak dapa dipastikan apa yang berlaku kerana kru kabin cuba menenangkan keadaan.

 

@lol.ariee

so this happened on my american airline flight #waittilltheend #DFW #americanairlines #lawsuit #fypシ

♬ original sound - arieana mathena

 

Mereka kemudian dimaklumkan bahawa seorang penumpang di kelas pertama cuba membuka pintu pesawat dan menyerang kru.

 

Wanita itu terpaksa diikat sehingga pesawat mendarat dan dia menerima rawatan perubatan.

 

Sumber: Insider