Gara-gara komplikasi jangka panjang COVID-19 atau disebut sebagai ‘Long COVID’, seorang wanita menderita tidak boleh membuang air kecil selama tiga tahun lamanya.
Wanita berkenaan, Abigail Snowball, 29, dijangkiti COVID-19 pada Julai 2020 dan sejak dari itu kehidupannya mula berubah.
Meskipun beliau sudah pulih daripada COVID-19, kesan komplikasi jangkitan itu menyebabkan dia kini hanya duduk atas kerusi roda, makan melalui saluran pernafasan dan mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak tahun 2020.
Pakar mengesahkan Abigail menghidap sindrom Fowler, iaitu keadaan yang jarang berlaku dan menyerang wanita muda usia 20 hingga 30 tahun, sehingga tidak mampu membuang air kecil.
“Saya menyedari tidak membuang air kecil selepas ditanya oleh seorang petugas di hospital sewaktu mendapatkan rawatan kerana Long COVID beberapa bulan selepas bebas penyakit itu pada 2020.
“Dan sejak itu kesihatan saya menurun. Pundi kencing saya tidak lagi berfungsi. Saya kini tidur di atas sofa dan suami akan menguruskan jika saya ingin ke tandas,” ujarnya.
Sehingga kini, wanita itu tidak dapat membuang air kecil dan ia adalah perkara yang menyakitkan buat dirinya.
“Membuang air kecil terlalu menyakitkan buat saya. Ada masanya saya mengambil masa sehingga empat jam untuk kencing dalam keadaan yang sangat sakit,” dedah Snowball.
Selain tidak membuang air kecil, wanita itu juga tidak makan kecuali menerima makanan melalui saluran pernafasan yang dipasang pada dadanya.
Sumber: The Independent