Wanita Derita Rakan Hantar Santau Lepas Minta Hutang RM2,000

Seorang wanita menderita kesakitan selepas dihantar santau oleh rakannya gara-gara kerana meminta semula hutang berjumlah RM2,000.

 

Menerusi perkongsian Tiktok Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan, kejadian berlaku kepada seorang wanita yang sedang menjalani rawatan di pusat rawatan tersebut.

 

Menurut salah seorang pengamal perubatan yang bertugas di pusat rawatan berkenaan, Ustaz Mohamad Hasnan Rili, pesakit itu pernah dicaci oleh rakannya ketika beliau menuntut semula hutang.

wanita derita rakan hantar santau lepas minta hutang rm2,000

Namun selepas beberapa minggu, pesakit wanita itu mula merasakan perubahan pada fizikalnya, dimana badannya berasa berbisa, sakit kepala dan juga kembung perut yang akan berlaku setiap hari selepas Asar sehingga Subuh.

 

“Keterangan pada video yang saya kongsikan itu diceritakan sendiri oleh pesakit. Dia menuntut hutang daripada rakannya yang berjanji mahu bayar semula selepas tiga bulan tetapi malangnya dia pula dicaci.

“Namun, dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas itu, pesakit mulai berasa sesuatu pada dirinya. Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa bisa, kepala nak meletup dan perut busung.

“Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.

“Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.

 

Menurut pesakit wanita itu, hutang tersebut diminta semula selepas tiga bulan atas alasan sedang mengalami krisis kewangan dan memerlukan duit tersebut secepat mungkin.

 

@rawatanislamusthasnan KAWAN DARI NERAKA #hasnanrili #rawatanislamnegerisembilan #rawatanislamalmustakim #rawatanarsyifa #sihir ♬ original sound - Mr prison

 

Bagaimanapun, rakannya itu membalas mesej pesakit dengan kasar selepas lima hari berdiam diri dengan menyatakan jumlah hutang RM2,000 bukanlah angka besar.

 

Malah, rakannya itu turut membuat ugutan untuk menghantar santau kepadanya selepas didesak olehnya untuk melangsaikan hutang dengan kadar segera.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan rata-rata warganet mempunyai pendapat masing-masing.

 

Sumber: TikTok @rawatanislamusthasnan