Virus COVID-19 yang tersebar di seluruh UK nampaknya mengalami beberapa perubahan genetik baru yang membimbangkan, kata para saintis.
Ujian pada beberapa sampel menunjukkan mutasi, yang disebut E484K, yang juga sudah terlihat pada varian Afrika Selatan dan Brazil. Walaupun perubahan ini boleh mempengaruhi keberkesanan vaksin, vaksin sedia ada masih lagi boleh digunakan, kata pakar.
UK kini telah meningkatkan langkah-langkah untuk mengendalikan penyebaran varian baru. Ujian bagi mengesan varian Afrika Selatan juga telah dijalankan bermula di bahagian England dan sekatan perjalanan telah diperkenalkan untuk menghentikan lebih banyak kes masuk dari luar negara.
Sehingga kini, pakar hanya menemui beberapa kes varian UK dengan mutasi E484K. Namun, ini tidak bermaksud bahawa mutasi ini terdapat dalam semua versi varian COVID-19 sedia ada.
Apa yang membimbangkan dengan varian baru ini?
Tidak dapat dijangka bahawa varian muncul atau ia akan terus berubah, namun hakikatnya semua virus bermutasi ketika ia membuat salinan baru untuk terus berkembang dan tersebar.
Dr Julian Tang, seorang pakar virus di University of Leicester berkata adalah penting bagi orang ramai untuk terus patuh kepada undang-undang kesihatan bagi mengelakkan virus itu untuk bermutasi lebih jauh.
"Jika tidak, virus tidak hanya dapat terus menyebar, ia juga dapat berkembang," katanya.
E484K dapat membantu virus menghindari beberapa bahagian sistem kekebalan tubuh yang disebut antibodi, berdasarkan beberapa kajian sebelum ini ini.
Hasil ujian awal dari vaksin keluaran Moderna menunjukkan vaksinnya masih berkesan terhadap varian dengan mutasi ini, walaupun tindak balas imun mungkin tidak sekuat atau berpanjangan.
Sumber: BBC