Peminat Makin Sayang Song Ji-hyo, Video Berbahasa Isyarat Dipuji Ramai

Pelakon Korea Selatan, Song Ji-hyo kini semakin disayangi ramai khasnya peminat dari Malaysia selepas videonya berbahasa isyarat dengan peminat disini menjadi tular.

peminat makin sayang song ji-hyo, video berbahasa isyarat dipuji ramai

Song Ji-hyo, 42, dilihat menyapa dan memeluk beberapa peminat ciliknya telah menyentuh hati ramai. Beliau juga amat peramah dan mesra melayan setiap peminatnya.

peminat makin sayang song ji-hyo, video berbahasa isyarat dipuji ramai

 

@songjihyooo Songjihyo uses sign language❤️😭 #songjihyo #송지효 #JihyoXGlutanex #SongJihyoinKL #宋智孝 #watsonskbeautyfesta #SONGJIHYOXGLUTANEX #xyzbca #fyp ♬ suara asli - DENII

 

Paling menarik, Ji-hyo dilihat fasih dalam berbahasa isyarat, membuatkan beliau berbeza berbanding selebriti lain. 

peminat makin sayang song ji-hyo, video berbahasa isyarat dipuji ramai

 

@asdflys She’s such a sweet person🥹❤️❤️ #SONGJIHYO #송지효 #GlutanexMY #Glutanex #SONGJIHYOinKL #SONGJIHYOinMY #malaysia ♬ Say Yes - 로꼬,펀치

 

 

@xziexdnxn sumpah lah macam mana nak move on ni #songjihyoxglutanex #songjihyoinkl #glutanexmalaysia #watsonskbeautyfesta #songjihyo ♬ suara asli - Liris Senja

 

Ji-hyo yang hadir ke ibu negara bagi membuat penampilan khas anjuran jenama farmasi minggu lalu, turut dilihat sempat meluangkan masa berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang.

 

Pemilik nama sebenar Cheon Soo-yeon ini dilahirkan pada 15 Ogos 1981 juga terkenal sebagai ahli rancangan aneka ragam Running Man.

 

Sumber: Twitter / Tiktok