“Kaca, Sabun Berselerak,” Pasangan Ini Selamba Letak Katil Bayi Dalam Mesin Basuh Dobi

Apabila menggunakan mesin basuh, kebanyakan orang akan mengelakkan daripada memasukkan barang-barang tertentu yang boleh merosakkan pakaian.

 

Walau bagaimanapun, dua pelanggan ini telah mencuba nasib mereka apabila mereka didakwa memasukkan sebuah katil bayi, berserta dengan tiangnya, ke dalam mesin di sebuah dobi di Sembawang, Singapura.

“kaca, sabun berselerak,” pasangan ini selamba letak katil bayi dalam mesin basuh dobi

Akibatnya, katil bayi tersebut yang juga disebut sebagai playpen telah menyebabkan mesin basuh di dobi itu pecah dan mula berputar secara tidak terkawal sambil menyemburkan air berbuih sabun ke seluruh tempat.

Buat masa ini, pemilik dobi belum mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sedang memeriksa kos untuk membaiki atau menggantikan mesin tersebut.

 

Kisah ini beserta video-video yang berkaitan telah dikongsi pada 10 September oleh seorang pengguna Facebook yang mendengar tentang insiden tersebut daripada rakan beliau.

“kaca, sabun berselerak,” pasangan ini selamba letak katil bayi dalam mesin basuh dobi

Menurut rakan beliau, mereka yang berada berdekatan dengan dobi tersebut terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi seperti "letupan kaca".

 

Apabila mereka tergesa-gesa masuk ke dalam dobi untuk menyiasat, mereka perasan ada air berbuih di seluruh lantai dan kaca berselerakan di merata tempat, berpunca daripada sebuah mesin yang digunakan oleh satu pasangan disitu.

“kaca, sabun berselerak,” pasangan ini selamba letak katil bayi dalam mesin basuh dobi

Kejadian itu telah menarik perhatian ramai yang berada dilokasi, dengan rata-rata mereka sempat merakam insiden berkenaan. Namun pasangan yang menyebabkan kejadian itu berlaku telah meminta orang ramai disitu memadamkan video atau gambar dirakam.

“kaca, sabun berselerak,” pasangan ini selamba letak katil bayi dalam mesin basuh dobi

Insiden itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata warganet mengecam tindakan pasangan berkenaan yang dilihat mementingkan diri sendiri hingga menyebabkan kerosakan harta benda.

 

Sumber: Facebook / Must Share News